Pages

Monday, November 04, 2013

KALSIUM ke CalciYum?

Bila sebut kalsium je, mesti ramai terfikir tentang kesihatan tulang dan gigi. Sebenarnya kalsium bukan hanya penting untuk tulang dan gigi yer kawan-kawan.. Jom kita ketahui tanda-tanda kekurangan kalsium..

Insomnia - Kekurangan kalsium menyebabkan susah untuk tidur dan seterusnya tidak berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti. Semasa tidur pula kita tak dapat masuk ke fasa tidur yang nyenyak. Tidur sangat penting untuk pemulihan tenaga dan tubuh. Jadi, tidak cukup tidur akan menyebabkan kita susah bangun pagi ataupun bangun dalam keadaan masih letih dan tak bermaya.

Ketidakseimbangan emosi - Kekurangan kalsium menyebabkan kita lebih mudah panik, risau, stress dan sebagainya. Jadi, kalsium sangat penting untuk membantu menenangkan diri.

Sistem imun yang lemah - Bila tubuh kekurangan kalsium, sistem imun menjadi lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus. Ini menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain dan seterusnya mengganggu kehidupan.

Kelesuan - Kalsium bekerjasama dengan vitamin dan mineral untuk membantu tubuh dan minda cukup bertenaga untuk berfungsi secara optimum. Apabila kalsium kurang, ia boleh menyebabkan kelesuan sepanjang hari. Seterusnya emosi dan pemikiran terganggu menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain.

Kerosakan gigi dan tulang - Kekurangan kalsium yang kronik menyebabkan penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis. Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.

Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan otot, kebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya.

Kredit: Life123

Mengikut kajian, pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan magnesium untuk meningkatkan kadar penyerapan oleh tubuh. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan:

- 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi

- 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

- 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium


Untuk info dan order:-

Midah Azis
SID: 1074265
SMS/Whatsapp: 017-6743200
Email: sh_midah83[at]yahoo.com

No comments:

Post a Comment