Pages

Tuesday, November 12, 2013

Sustained Release Vita-C

Shaklee mempunyai 2 pilihan Vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C 500mg dan Chewable Vita-C Plus 100mg.  Vitamin C Shaklee ni memang antara yang hot selling. Tapi sekarang ni Chewable Vita-C sudah out of stock di seluruh Malaysia manakala Sustained Release Vita-C baru je restock.. So kalau nak cuba vitamin ni kena order cepat-cepat.. Siapa cepat dia dapat!

Kali ni saya nak terangkan pasal Sustained Release Vita-C. Apa itu sustained release? Ia adalah proses formulasi khas agar vitamin C dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin antara 3 ke 6 jam. Dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah mengikut masa tertentu. Vitamin C bersifat larut air maka anda dinasihatkan minum air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. 

Khasiat Utama Vitamin C

· Mencantikkan kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.

· Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

· Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

· Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.

· Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.

· Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Perbezaan Vita-C Shaklee dengan Vitamin C lain

· Merupakan Vitamin C pertama yang semulajadi.

· Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vitamin C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.

· Satu tablet mengandungi 500mg Vitamin C iaitu bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren.

· Membekalkan Bioflavinoid dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vitamin C


Untuk info dan order:-

Midah Azis
SID: 1074265
SMS/Whatsapp: 017-6743200
Email: sh_midah83[at]yahoo.com

No comments:

Post a Comment